Kelas Keusahawanan, Bengkel Klik Dengan Bijak & Bijak ICT (Minggu 1)
11 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 10 October 2015, Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru telah mengadakan kelas keusawahan, bengkel Klik Dengan Bijak serta bengkel Bijak ICT. Antara yang mengikuti kelas ini adalah terdiri daripada golongan suri rumah, lepasan sekolah menengah dan juga lepasan institusi awam.
Antara aktiviti yang dijalankan:
1) Mempelajari asas ICT
2) Mempelajari aplikasi dan juga perisian Microsoft Office 2013
3) Memahami asas perniagaan
4) Mempelajari modul kelas asas perniagaan
Tujuan utama aktiviti: Tujuan utama kursus keusahawan ini adalah untuk melatih serta melahirkan para usahawan yang Berjaya disamping menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan sekaligus menggunakan peralatan ICT dan juga Internet sebagai salah satu medium perniagaan.
Kebaikan dan kelebihan aktiviti:
Pelbagai kebaikan yang didapati hasil dari latihan ini. Antaranya;
1) Mempelajari asas pembangunan idea perniagaan
2) Pelan perniagaan
3) Jenis perniagaan yang ingin dijalankan
4) Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu perniagaan
5) Mengkaji pemasaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: